LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Wednesday, 30 April 2014

my retirement day

memandangkan cuti yang sangat lama, telah saya utuskan untuk bekerja. Alhamdulilah, aku dapat 'tawaran' bekerja di RTM Perak. 
Wow!

'hebatnya weh!' "macam mana boleh dapat kerja dekat RTM?' 'kerja sebagai apa?' 'jadi wartawan ke?'

mintak bertenang (acah acah ada org baca,haha) lemme explain...

bekerja sebagai CLEANER ! 'what?' 'like seriously?!'
betul ni, tak main main. kerja sebagai Cleaner! 
tapi aku dah berhenti pun. semalam last day aku bekerja sebagai cleaner. 
aku kerja dua minggu aje, lalalala. 
'kenapa berhenti?' 'gaji dapat tak?'
ahh, malas aku nak cerita pasal kenapa dan mengapa aku berhenti. 
tapi aku nak share something yang menarik sepanjang aku bekerja...

kadang-kadang bila kita tengok makcik atau pakcik cleaner mesti pernah terlintas perasaan kesian dan sedih kan?
dan mungkin jugak ada mengejek; "hah tu lah, orang suruh study tak nak. kan dah jadi cleaner."
kita buang sampah merata sedangkan tong sampah tersedia, kita kotorkan kawasan tu, sebab mind set kita "alah cleaner kan ada. apa guna bayar diaorang kalau tak nak kutip sampah semua ni."
mungkin kita alpa dengan kekayaan dan kesenangan yang kita dapat sepanajng kita hidup , sampai kita lupa masih ada orang yang hidup susah. kita mintak itu, mintak ini semua parents bagi. sebab apa? sebab parents kita mampu. bayangkan kita berada di tempat cleaner tu sendiri? duit gaji tak cecah empat angka, tapi usia sudah lebih angka empat puluh. ada yang sudah masuk usia 'jubli emas'. tapi mereka gigih mencarik rezeki yang halal untuk terus hidup. 
pandangan kita susah diubah selagi kita tak berada di tempat mereka sendiri. 
bila aku jadi cleaner baru aku tahu erti duit, erti penat lelah, erti kepayahan, erti kesungguhan dan faham dengan tanggapan orang sekeliling.
tipu lah tak ada orang pandang serong dekat aku bila aku kutip sampah, aku sapu sampah. aku ingat lagi masa aku tengah menyapu dekat Auditorium yang penuh dengan pelajar sekolah. diaorang pandang aku semacam. senang cerita, sama macam mana yang kita pernah fikir tentang cleaner. aku tersenyum tengok reaksi diaorang.(ayat novel gitu) takkan aku nak serang diaorang, explain latar belakang pendidikan aku?(baru foundation dah over kau!) takkan aku nak bagitahu aku tengah tunggu untuk ke Degree? oh, itu bukan aku. biarkan saja... 

Erti duit ; "mak nak duit" "ayah nak duit" 

itu je yang reti kita cakap kan? asyik asyik duit. gaji sebagai cleaner untuk orang 'Bujang' macam aku memang seronok. dapat beli tu dapat beli ni, ye lah parents ada untuk tanggung semua lagi. tapi untuk diaorang, duit tu hanya cukup-cukup saja, ada sorang makcik ni, aku panggil Cik Zah, part time dekat RTM, part time dekat KPJ Hospital. Ya Allah, kuatnya makcik ni. dua kerja dalam satu masa. kadang kadang cik zah tak sempat tidur. aku tersentuh tengok kegigihan dia untuk menyara hidup. 
sorang lagi, aunty florance. Aunty siap cerita lagi bila dia tak cukup duit, barang kemas digadai nya. pengorbanan seorang ibu nak sara 3 anaknya. anak dia ada asthma , dia pun ada asthma. last day aku kerja(semalam) dia datang. dia mintak berhenti, sebab nak jaga anak. kesiannya. aku tak sanggup nak pandang muka dia semalam. sedih sangat. kena jaga anak dekat hospital, diri sendiri pun tak sihat sepenuhnya. dia hilang punca pendapatan demi melihat anaknya sihat. pengorbanan!
kerja cleaner memang memenatkan, buat itu buat ini. setiap titik peluh kita tu lah, yang buat kan aku sayang nak guna duit gaji tu. kau akan faham erti setiap sen. baru tahu nak hargai duit masa tu. 

'kenapa kerja sebagai cleaner?tak ada kerja lain ke?'
Pengalaman. ye! pengalaman yang tak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. belajar hidup susah, bergaul dengan orang pelbagai latar belakang. belajar untuk menghargai rezeki. 

semalam sebelum balik, pakcik Supervisor ada cakap ;

"nanti bila Alang ada dekat atas, jangan lupa kami dekat bawah ni."


setiap pekerjaan punya cerita tersendiri,
ikhlaskan diri dalam setiap perkara,
jangan terus mendongak ke langit,
sesekali pandang ke bawah,
melihat mereka yang dalam kesusahan,
ingatlah,
rezeki milik Allah,
bumi ini milikNya,
kita hanya menumpang,
bersatu lah,
jangan dibezakan darjat,
darjat disisiNya jauh lebih penting untuk dikejar.


auni dah bersara :)
kenangan indah di RTM