memandangkan cuti yang sangat lama, telah saya utuskan untuk bekerja. Alhamdulilah, aku dapat 'tawaran' bekerja di RTM Perak.
Wow!
'hebatnya weh!' "macam mana boleh dapat kerja dekat RTM?' 'kerja sebagai apa?' 'jadi wartawan ke?'
mintak bertenang (acah acah ada org baca,haha) lemme explain...
bekerja sebagai CLEANER ! 'what?' 'like seriously?!'
betul ni, tak main main. kerja sebagai Cleaner!
tapi aku dah berhenti pun. semalam last day aku bekerja sebagai cleaner.
aku kerja dua minggu aje, lalalala.
'kenapa berhenti?' 'gaji dapat tak?'
ahh, malas aku nak cerita pasal kenapa dan mengapa aku berhenti.
tapi aku nak share something yang menarik sepanjang aku bekerja...
kadang-kadang bila kita tengok makcik atau pakcik cleaner mesti pernah terlintas perasaan kesian dan sedih kan?
dan mungkin jugak ada mengejek; "hah tu lah, orang suruh study tak nak. kan dah jadi cleaner."
kita buang sampah merata sedangkan tong sampah tersedia, kita kotorkan kawasan tu, sebab mind set kita "alah cleaner kan ada. apa guna bayar diaorang kalau tak nak kutip sampah semua ni."
mungkin kita alpa dengan kekayaan dan kesenangan yang kita dapat sepanajng kita hidup , sampai kita lupa masih ada orang yang hidup susah. kita mintak itu, mintak ini semua parents bagi. sebab apa? sebab parents kita mampu. bayangkan kita berada di tempat cleaner tu sendiri? duit gaji tak cecah empat angka, tapi usia sudah lebih angka empat puluh. ada yang sudah masuk usia 'jubli emas'. tapi mereka gigih mencarik rezeki yang halal untuk terus hidup.
pandangan kita susah diubah selagi kita tak berada di tempat mereka sendiri.
bila aku jadi cleaner baru aku tahu erti duit, erti penat lelah, erti kepayahan, erti kesungguhan dan faham dengan tanggapan orang sekeliling.
tipu lah tak ada orang pandang serong dekat aku bila aku kutip sampah, aku sapu sampah. aku ingat lagi masa aku tengah menyapu dekat Auditorium yang penuh dengan pelajar sekolah. diaorang pandang aku semacam. senang cerita, sama macam mana yang kita pernah fikir tentang cleaner. aku tersenyum tengok reaksi diaorang.(ayat novel gitu) takkan aku nak serang diaorang, explain latar belakang pendidikan aku?(baru foundation dah over kau!) takkan aku nak bagitahu aku tengah tunggu untuk ke Degree? oh, itu bukan aku. biarkan saja...
Erti duit ; "mak nak duit" "ayah nak duit"
itu je yang reti kita cakap kan? asyik asyik duit. gaji sebagai cleaner untuk orang 'Bujang' macam aku memang seronok. dapat beli tu dapat beli ni, ye lah parents ada untuk tanggung semua lagi. tapi untuk diaorang, duit tu hanya cukup-cukup saja, ada sorang makcik ni, aku panggil Cik Zah, part time dekat RTM, part time dekat KPJ Hospital. Ya Allah, kuatnya makcik ni. dua kerja dalam satu masa. kadang kadang cik zah tak sempat tidur. aku tersentuh tengok kegigihan dia untuk menyara hidup.
sorang lagi, aunty florance. Aunty siap cerita lagi bila dia tak cukup duit, barang kemas digadai nya. pengorbanan seorang ibu nak sara 3 anaknya. anak dia ada asthma , dia pun ada asthma. last day aku kerja(semalam) dia datang. dia mintak berhenti, sebab nak jaga anak. kesiannya. aku tak sanggup nak pandang muka dia semalam. sedih sangat. kena jaga anak dekat hospital, diri sendiri pun tak sihat sepenuhnya. dia hilang punca pendapatan demi melihat anaknya sihat. pengorbanan!
kerja cleaner memang memenatkan, buat itu buat ini. setiap titik peluh kita tu lah, yang buat kan aku sayang nak guna duit gaji tu. kau akan faham erti setiap sen. baru tahu nak hargai duit masa tu.
'kenapa kerja sebagai cleaner?tak ada kerja lain ke?'
Pengalaman. ye! pengalaman yang tak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. belajar hidup susah, bergaul dengan orang pelbagai latar belakang. belajar untuk menghargai rezeki.
semalam sebelum balik, pakcik Supervisor ada cakap ;
"nanti bila Alang ada dekat atas, jangan lupa kami dekat bawah ni."
setiap pekerjaan punya cerita tersendiri,
ikhlaskan diri dalam setiap perkara,
jangan terus mendongak ke langit,
sesekali pandang ke bawah,
melihat mereka yang dalam kesusahan,
ingatlah,
rezeki milik Allah,
bumi ini milikNya,
kita hanya menumpang,
bersatu lah,
jangan dibezakan darjat,
darjat disisiNya jauh lebih penting untuk dikejar.
auni dah bersara :)
kenangan indah di RTM
hai!
mengikut kiraan aku hampir 2 minggu dah aku bercuti cutian
best?
no bad! ada family dekat dengan kita mana tak best kan?! tapi kan...
kita dah start rindu
rindu empat orang ni(tak rindu mana lah!)
rindu nak kacau Aju dengan snake dia dan ajak makan meggi sama
rindu nak tunggu Hajar membebel dan berlawan cakap dengan dia
rindu nak pegang tangan Afi sambil berangan abg Zul and abg abg yang lain
rindu nak cium dahi Fiffy and berangan nak jadi kakak ipar dia(cium tangan sendiri sebenarnya!)
dan...
rindu jugak nak makan dekat cafe(wlpn tak sedap mana,haha)
and i miss my T01 sangat!
rindu nak berGot Talents sama sama
rindu nak Let It Go...
rindu nak berlab lagi
rindu nak lepak dekat koop sama sama
rindu nak karaoke lagi...
dan
tulus dari hati time tutorial lah paling best(wlpn tutor tak siap)
sebab
ada diaorang ni lah.
rasa rapat sangat.
tambah lagi dengan boys dua orang aje.
best kot.
tak rasa nak control cun langsung(ahaks!)
nampak tak ilmiah sangat entry ni so better stop it Auni!
just nak introduce my family sepanjang dekat Kolej Mara Kulim saja.
this is my family yo!
thats all.
guys,
anda sentiasa dalam ingatan kita,
ada jodoh kita jumpa lagi
insya Allah
tak jauh pun takat Ipoh-KL-Kajang-Melaka
nanti kita buat reunion!
berpisah tak semesti takkan bersatu balik.
dapat korang sebagai classmates satu anugerah untuk kita
semua open-minded,tak berpuak and kita semua satu kepala
team work kita sangat best!
bersyukur sangat dapat korang semua
selamat maju jaya semua!
banggakan keluarga
banggakan cikgu cikgu
nanti kita jumpa lagi.
END OF SEMESTER 2 !
Auni Niau