LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Wednesday, 6 February 2013

hala tuju ku selepas SPM


tipu la kalau aku kata aku tak pening kepala pikir pasal hala tuju aku selepas ini.macam tak percaya pulak sekarang ni aku kena pikir untuk masa depan aku.kalau dulu,lepas sekolah rendah naik sekolah menengah. mana ada nak pikir pikir.tapi sekarang situasi dan atmosphere 100% changed ! aku mesti pikir which must come first and later.(huh,hebat betul ko pikir yer auni!)

hari tu, aku pergi sekolah sebab nak uruskan something dengan Eva.dah alang alang, kami singgahlah ke bilik kaunseling. lepas Eva cerita problem dia, aku cerita pulak problem aku. dan kesimpulannya, sikit pun tak membantu aku dalam mencari jalan penyelesaian. sorry to say lah. bagi aku lepas cakap dgn cikgu, menjadi aku lebih kusut adalah.

apa aku nak amik lepas ni? tu persoalan yang sentiasa ada di fikiran aku. nak ikut cita cita dulu, tipis sangat harapan tu.lainlah kalau masa boleh di putar semula.tapi sekarang sudah terlambat.result yang keluar tu memang akan melambangkan usaha aku.

sedih kot bila kawan kawan yang lain macam dah nampak masa depan diaorang.aku pulak? aku rasa macam gelap aje.aku jadi tak tahu nak buat apa.aku tak tahu nanti nak buat apa.sambung form six? lagi setahun setengah dekat RPS?aku tak rasa aku sanggup.tapi form six ni boleh dikira sebagai penyelamat hidup aku lah kalau result SPM tak elok. ahh...sudah lah.aku malas nak pikir dah.