LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Thursday, 2 May 2013

Karoot Komedia X part 3

ini the last part untuk tajuk post berantai.acecece...
ayat !!!
'Auni nak buat QnA jugak ke?'
tak ! kali ni aku akan bercerita from A to Z
jom kita mulakan ;
bermulalah cerita apabila makcik aku ajak tengok KKX untuk episode raya. mungkin rasa serenok menyebabkan kami bertiga(aku,makcik ku,dan kakak ku) sanggup meredah hujan. kebetulan time tu hujan. untuk episode raya, recording start selepas maghrib. 
jadi kami bertiga haruslah bertolah lebih awal. 
ye dak?
hujan pun hujan lah, asalkan dapat tengok Jep.wotwot...
dekat rumah lagi perasaan gusar mula menular, almaklumlah HUJAN kan!
takut jugak tak dapat pergi.
mungkin aku akan kecewa jika tak dapat pergi sebab aku baru saja beli baju kurung BARU dekat jalan TAR!!!
dekat dalam bilik, aku asyik menghitung waktu, bila hujan akan berhenti.
sampailah makcik aku datang bilik
"cepat siap."
kakak aku pulak bertanya
"jadi pergi ke Ude?"
makcik aku menjawab
"kita bawak lah budak yang teringin sangat nak pergi ni"
aku le tu. gedik sangat Auni ni.
apabila sampai saja di Dewan Sri Putra. kami tengoklah ada tak penonton dah datang.
hmm, korang tengok lah sendiri, aku ni sibuk mencari kereta encik Nadzri aje.hahaha.
tu dia. ni aku nak tempek kan gambar kereta Jep lagi.

smart kan?hahaha. kereta pun jadi lah. tuan punya kereta susah sgt nak jumpa.kereta je yang senang nak jumpa.
sementara menuggu nak masuk ke dalam dewan, azan berkumandang.
jadi kami bertiga mintak nak pergi sembahyang lah kejap.
surau ada dekat dalam dewan tu,dekat tingkat satu,stage ground floor jadi kami sempat lah tengok tengok stage dan artis artis yang tengah praktis dekat stage.
Jep omei sangat.
dengan cap nye, seluar kaler ungu gitu dengan sweater.
dari dalam surau , terdengarlah suara suara mereka sedang praktis nyanyi lagu Suasana Hari Raya.
suara Jep paling best sekali.
habis sembahyang kami lepak dekat kerusi kerusi yang menghadap stage. dari atas kami tengok lah artis artis tu. lawak kot.
kami bersembang dengan seorang makcik.
makcik ni suami dia kerja as a cameraman kat situ.
jadi crew crew ni makanan diaorang lain dengan penonton.
crew crew makan makanan dari restoran Ebby Yus sendiri. 
nama restoran tu, Restoran Adam Lai
suami makcik tu bagi lah kami ni merasa makanan dari restoran Ebby Yus tu.
wujud rasa bangga sikit.hahaha.
'sedap tak'
sedap sangat. sebab restoran Adam Lai ni restoran berkonsepkan masakan Chinese muslim.
memang masuklah dengan tekak aku ni.
siap ada lemang dengan rendang lagi.
rendang dia sedap sangat sangat. lemang pun cukup segala. tak sticky.
BEST !!!
 lemang dan rendang yang sangat sangat awesome. rasa nak lagi.
feel raya tu datang taw.
ni pulak 'nasi campur'
senang cite. sebab dekat situ ada fish fillet , ada ayam , ada sayur , ada udang .
time tengah syok makan , penonton dah masuk lah pulak.
kacau betul. aku dah lah tengah makan ni.
terpaksa stop makan dan kami turun untuk amik tempat.
kan dah dapat belakang!
tak masuk tv lah I .hahaha.
episode raya ni best taw.
sebab Jep jadi suami dan ada isteri yang cantik. mahu tak giler Jep.
pak Yus lagi best. dia punya isteri , penonton yang dia sendiri pilih.
memang dia suka lah kan, dapat isteri yang comel.
tak tipu, isteri pak Yus tu comel dan gebu.putih je.
belakon pun tak kaku sangat.
kira boleh jadi artis lah.
nantikan KKX edisi raya pada 1 Syawal ni taw.
ce teka kenapa aku tangkap gambar macam ni?
tu kat belakang tu, kereta Jep.hahaha.
yang biru tu bukan hitam tu.

'ni gambar apa pulak Auni?'
ni gambar Jep. tu dia. yang berdiri sama kaler dengan langsir tu.hahaha.
suka hati aku je.
time nak balik, aku sempat tengok Jep.
dia pakai t shirt sleeveless.
sepantas kilat.
aku nampak dia berlari dari tangga dan terus masuk kereta. punya lah laju.
dia tutup je pintu terus kereta tu jalan.
tak sempat buat apa apa.
tu lah pengalaman aku sepanjang tengok KKX.
pengalaman tengok artis berkerja.
tahniah u all. sebab sangat kreatif .
skrip yang ada sebagai base aje pastu suka hati korang aje .
sangat pandai nak buat kami penonton ni gelak.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH....
terima kasih yang teramat kepada makcik ku, Ude yang sanggup teman anak buah nya yang tak berapa centre bila jumpa Jep. thank you so much.
Auni dengan mood Ribaibaru nya.