A CAT
mungkin ada yang mengetahui bahawa aku adalah pemilik kucing dan mungkin ada yang tak tahu.
tak apa,lets recap together.
aku mula bela kucing start form 4,tahun 2011. pada mulanya, aku teringin sangat nak bela rabbit, sebab bagi aku rabbit ni comel and gebu. i love animal yang gebu because it will reflect to myself.hahaha.
sampai lah pada satu petang yang baru lepas hujan, datang seorang pakcik(ayah Atie) membawa sepasang kucing parsi.cute sangat.tapi aku tak suka kucing.jadi aku tengok dan pegang pegang macam tu aje tanpa ada perasaan untuk membela nya.tup tup, ayah aku berkenan dengan kucing tu.
"alang nak tak kucing ni?ayah suka kucing ni."
lebih kurang macam tu soalan ayah aku ketika itu.
aku terdiam.
aku memikirkan saat saat akan datang sekiranya aku bela kucing ni.
aku berfikir sejenak.timbul lah pelbagai persoalan
.
'mesti aku yang kena jaga kucing ni,takkan afiq pulak.takkan kakak pulak,takkan dibah pulak.dibah tak suka kucing'
'macam mana kalau aku bosan dengan kucing ni?sanggup ke aku nak bela dia lagi time tu'
timbul soalan soalan ini bagaikan popcorn.pop pop pop.hahaha
akhirnya aku bela dua ekor kucing.yang jantan aku nama kan Oren, betina pulak aku namakan Comot.
betul kata orang malang tak berbau(senyap!aku lupa peribahasa yang sesuai)
Oren pergi meninggalkan aku. masa tu Depavalli tahun 2011. aku sedih sangat , sebab aku mula menerima kehadiran Oren dalam hidupku.(cehhhh)
Comot bagaikan hilang anak,miow miow panggil Oren.
selepas kejadian itu, aku terus bersama Comot. dia lah yang selalu kejut aku sembahyang Subuh.(my bad)
dia lah yang selalu menjadi pendengar setia setiap kali aku ada masalah. comot jugak lah pendengar kepada setiap terms and keywords Bio bila aku nak exam.haha.
lama kelamaan , aku bersyukur kerana aku membela kucing. dan aku mula sedar bahawa banyak benefits bila own a cat.its such a wonderful to be a cat owner.hahaha.
kucing bukan saja boleh kurangkan stress kita,malah bagus untuk jantung.
tak percaya?
kamu pergi bersembang dengan kucing, and observed cat's reaction. kucing faham bahasa kita.so no wonder lah u can released your stress when u own a cat.
tuntasnya, sayang kucing kita :)
bela binatang bagi kepuasan kepada kita. Allah cipta haiwan dengan keistimewaan tersendiri. jadi kita sebagai hambaNya kena lah menghargai nya.jangan lah dera kucing or doing something harmful to animal. kita kena ingat, once kita jaga,bagi makan dekat haiwan tu, dia doakan kita. :) tanpa kita sedar, ada yang mendoakan kesejahteraan kita.ikhlas kan diri,dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Auni Athirah with Comot, late Oren, late Oren 2, Pinto, Cmen, April, Gebu and Oren 3.