LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Wednesday, 6 November 2013

CINTA








aku mengejar cinta seorang manusia sehingga aku lupa untuk mengejar cinta kepada Allah.
ya Allah, bantu hambaMu ini.betulkan niat ku.tuluskan hati ku.ikhlaskan aku untuk mencintaiMu.

sekolah

Assalamualaikum and hello people.

aku rindu sekolah.nak pergi sekolah.nak jumpa kawan kawan.nak selekeh selekeh pergi sekolah(erk?)
nak buat selamba aje.nak perhimpunan.nak tengok semua perempuan saja.nak jadi perak bila jumpa lelaki.haha.nak lepak kat kantin.nak rushing kejar masa rehat.nak tengok signboard tandas.nak dengar Cik Nani bagi ucapan.nak pakai baju formal.nak pakai track bottom color cekelet.nak balik lambat.nak homework bertimbun(tipu). nak join hari koko. nak join Larian Puteri(tipu lagi).nak basuh kasut tiap minggu(aku kasut putih).nak ada meeting setiap hari Jumaat.nak ada Contact Hours.nak ada Waktu Pengurusan Kelas.nak buat nilam(tipu tahap gaban).nak seret kasut.hahaha.nak bawak beg berat berat.

mungkin ada yang beranggapan aku terlalu poyo atau terlalu bangga dengan sekolah aku. so what?
kalau bukan korang nak banggakan sekolah korang, sapa lagi? aku hanya mengimbau kembali kenangan aku pada zaman persekolahan. gaya macam lama sangat tinggal sekolah. hahaha. aku budak sekolah biasa je.tak dek special pun,sama aje dengan kamu.
zaman persekolahan lah yang banyak membentuk peribadi seseorang,yes i admit it!
memang betul. dekat sekolah lah banyak bantu kita untuk lebih bersedia untuk satu cabaran yang lagi besar bila kita melangkah keluar dari sekolah.


simpan segala kenangan dalam kotak indah di dalam ingatan anda.buka kotak itu bila rasa rindu.cari kenangan itu bila rindu.jadi kan kenangan itu sebagai satu subjek yang tak ada penghujungnya.

dear all my friends,
i wish u good luck and thanks for the memories.i hope one day we will meet again and we have fun together. insya Allah :) 
selamat maju jaya dalam segala bidang yang kamu ceburi...

AuniAthirah...


Tuesday, 29 October 2013

teringat

tiba tiba aku teringat satu kisah yang tak lawak, yang tak sedih, hanya moderate saja. 
mari throwback sama sama dengan saya(sedap bahasa melayu aku)
di pagi hari, hari Sabtu , 10 pagi lebih kurang.
duduk di katil princess di bilik 339,blok Fatimah Az Zahara
sambil tangan sibuk menekan butang butang nombor di calculator dan mata yang membaca soalan dan otak yang sedang sedaya upaya menghadam formula, tiba tiba tekak aku terasa ingin kan sesuatu. 
sudah menjadi kebiasaan buat aku mahupun kawan kawan aku untuk tidak turun breakfast bila tiba hujung minggu.bagi kami, luangkan masa bersama katil adalah lagi penting daripada makan telur separuh masak tanpa kicap mahupun black paper =.=' (Auni mengarut dahh)
'apa yang tekak kau nak?'
aku nak Chocolate Milk tea dari Each A Cup.

(hanya ilustrasi penulis =.=')
Ya Allah,nikmatnya sekiranya ketika itu aku dapat merasai kesedapan air tu.
tu lah yang terdetik dekat otak aku ketika itu. lapar dan rasa stress bergabung membuatkan aku terlalu nak sangat pada Chocolate Milk tea. (hebat bm aku, terlalu dan sangat !)
aku berkira kira adakah aku nak keluar outing atau tidak, kebetulan hari Sabtu turn perempuan outing. 
aku memikirkan syllabus yang berlambak yang masih belum di sentuh.
bukan subjek Bahasa Melayu ,bukan juga Matematik satu campur satu ...
tiada lagi subjek yang boleh aku pandang enteng ketika itu.
paper Maths,Chemistry and Pendidikan Islam...menghantui aku.
jadi aku memutuskan untuk tidak keluar outing hanya kerana segelas air cekelet yang bersaiz medium.
aku gagahkan jugak pejuangan study ku.
terus ralit menekan nekan butang butang calculator ku.
tapi apakan daya, otak aku makin KELAUT !!! warghhhh... 0.0
untuk penuhkan jugak nafsu makan minum , aku bancuh air coklat dengan air sejuk water cooler, dengan harapan dapat rasa macam ada ice cube.haha. aku balik ke bilik pulak, mengambil green tea.
ye, aku memang ada stok green tea dekat atas locker aku.  
aku rendam uncang teh itu dengan air suam, agar ia tak terlalu panas.
aku patah balik ke bilik aku, untuk meminjam botol air comel milik Bahjan.
'pinjam erk?'

Bahjan pelik tapi tetap menangguk.haha.
Fiyyy turut memandang aku pelik. tapi dia senyap saja,ralit dengan maths barangkali. 
Aju dan Afi yang study di dalam bilik turut berasa pelik.
tapi aku biarkan saja mereka bermonolog sendiri(superbb bm doh)
aku terus kembali ke water cooler , air coklat dan air teh hijau aku gabungkan .
dan aku goncang goncang kan.
dengan Bismillah, aku rasa dan aku tersenyum.
walaupun tak sama dan rasa yang sikit berbeza, tapi tetap buat aku rasa gembira. haha
resepi yang sebenar :
Red Tea + Chocolate = Chocolate Milk tea :)
resepi aku:
Green Tea + Chocolate cap Tesco = Chocolate Milk teh ;)
haha.
aku bernyanyi kegembiraan.
aku menghampiri Bahjan dan Fiyyy, 
'tengok ni, chocolate milk tea.kita buat sendiri sebab teringin sangat'
'ala kesian dia teringin sangat nak each a cup' kata Fiyyy
'tapi kita tak dek teh biasa,jd kita guna green tea aje.haha.tak pe asalkan puas'
'patut rasa pahit sikit'
'sedapnya kalau dapat each a cup'kata Aju pulak.
'jiran sebelah outing kan, try tanya diaorg nak tak tolong belikan'sapa yang ckp aku tak ingat.
Alhamdulilah, Allah mendengar rintihan kami semua. petang itu kami dapat each a cup yang kami nak sangat tu. 
'punya panjang cerita kau,rupanya Each A Cup aje?'
sorry tapi sapa suruh baca.hahaha. 

Terima kasih.
Auni Athirah.
craving Chocolate Milk tea :)
nak seribu daya,tak nak seribu dalih ;)

Tuesday, 22 October 2013

A CAT

mungkin ada yang mengetahui bahawa aku adalah pemilik kucing dan mungkin ada yang tak tahu.
tak apa,lets recap together.
aku mula bela kucing start form 4,tahun 2011. pada mulanya, aku teringin sangat nak bela rabbit, sebab bagi aku rabbit ni comel and gebu. i love animal yang gebu because it will reflect to myself.hahaha.
sampai lah pada satu petang yang baru lepas hujan, datang seorang pakcik(ayah Atie) membawa sepasang kucing parsi.cute sangat.tapi aku tak suka kucing.jadi aku tengok dan pegang pegang macam tu aje tanpa ada perasaan untuk membela nya.tup tup, ayah aku berkenan dengan kucing tu.
"alang nak tak kucing ni?ayah suka kucing ni."
lebih kurang macam tu soalan ayah aku ketika itu.
aku terdiam.
aku memikirkan saat saat akan datang sekiranya aku bela kucing ni.
aku berfikir sejenak.timbul lah pelbagai persoalan
'mesti aku yang kena jaga kucing ni,takkan afiq pulak.takkan kakak pulak,takkan dibah pulak.dibah tak suka kucing'

'macam mana kalau aku bosan dengan kucing ni?sanggup ke aku nak bela dia lagi time tu'

timbul soalan soalan ini bagaikan popcorn.pop pop pop.hahaha
akhirnya aku bela dua ekor kucing.yang jantan aku nama kan Oren, betina pulak aku namakan Comot.
betul kata orang malang tak berbau(senyap!aku lupa peribahasa yang sesuai)
Oren pergi meninggalkan aku. masa tu Depavalli tahun 2011. aku sedih sangat , sebab aku mula menerima kehadiran Oren dalam hidupku.(cehhhh)
Comot bagaikan hilang anak,miow miow panggil Oren.
selepas kejadian itu, aku terus bersama Comot. dia lah yang selalu kejut aku sembahyang Subuh.(my bad) 
dia lah yang selalu menjadi pendengar setia setiap kali aku ada masalah. comot jugak lah pendengar kepada setiap terms and keywords Bio bila aku nak exam.haha.
lama kelamaan , aku bersyukur kerana aku membela kucing. dan aku mula sedar bahawa banyak benefits bila own a cat.its such a wonderful to be a cat owner.hahaha.
kucing bukan saja boleh kurangkan stress kita,malah bagus untuk jantung.
tak percaya?
kamu pergi bersembang dengan kucing, and observed cat's reaction. kucing faham bahasa kita.so no wonder lah u can released your stress when u own a cat.
tuntasnya, sayang kucing kita :)
bela binatang bagi kepuasan kepada kita. Allah cipta haiwan dengan keistimewaan tersendiri. jadi kita sebagai hambaNya kena lah menghargai nya.jangan lah dera kucing or doing something harmful to animal. kita kena ingat, once kita jaga,bagi makan dekat haiwan tu, dia doakan kita. :) tanpa kita sedar, ada yang mendoakan kesejahteraan kita.ikhlas kan diri,dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.





Auni Athirah with Comot, late Oren, late Oren 2, Pinto, Cmen, April, Gebu and Oren 3.

Sunday, 6 October 2013

THE CRUSH

ingat lagi pertama kali aku mendengar orang orang di luar sana sibuk mempersoalakn dan membincangkan tentang crush.
aku musykil. "kenapa dia orang happy cerita pasal ex boyfriend diaorang?"
tu lah yang aku tertanya-tanya.sampai lah aku memutuskan untuk bertanya kepada salah seorang daripada sahabat aku, Eva . malu bertanya sesat jalan.
"pe kebenda nye crush ni eva?"
lantas dia explain kat aku crush tu apa.
ahaks. baru aku paham.
crush aka orang yang kita minat. pulak dah !
pun boleh.
jadi selepas itu,perkataan 'crush' itu bagaikan meluncur laju di mulut ku. hahaha.
biasa lah remaja kan.
senang cerita dekat 5 tahun aku tak ada crush.
kalau ada pun, sekali pandang aje.
tak pun , aku declare dia sebagai crush disebabkan kaya,handsome,smart,pandai.
tuntasnya, tak ber'crush' sgt lah aku time sekolah menengah. 
ye lah, zaman persekolahan aku penuh dengan buku aje.ahak.
walaupun tak dapat straight A's time SPM , tapi tetap sibuk dengan buku. setiap masa setiap minit dengan buku. nerd doh. tambahan pula,lelaki dekat sekolah aku berapa kerat lah sangat.takat gardener, abang kantin,pakcik kantin,and pakcik guard. memang tak lah nak di jadi kan crush.
tapi kan...
sekarang ni aku dah kembali ber'sekolah' campur. means ada lelaki , ada perempuan.
dan,
aku semakin matured.(lah sangat)
jadi...
aku sekarang
dah
ada

CRUSH.

thats all from me.
thank you.

auni athirah.

Saturday, 28 September 2013

FINAL EXAM

hai anda semua.hai kawan kawan syg.lama tak mengupdate blog ni kan?sorry,busy yg teramat.well now im a student kolej jadi busy lebih dari busy mcm time sekolah menengah dulu.im facing my final exam for first sem and frenklu speaking its tough.i expect for something yg simple but tu dia...gedabak dia bagi soalan.anyway its my fault.dont pay attention while lecture,tuto not completed and study for exam.totally out.hahaha.jgn tiru cara aku study taw.
aku tinggal lagi dua paper; chemistry and islamic studies.then balik rumah for 6 weeks...sem break!yuhuuu....deabak.tadi baru ja habis paper maths.3hours buat one stop,ok thats a new xperience.haha...
tak sabar nak balik wei!!!nak jumpa adik,nak jumpa kucing,nak bake a cake,nak makan kepok lekor,nak tgk Jep and nak hang out with friends.hahaha.i must filled my schedule with wasting my time.hahaha...
tp papa pun ,MUET speaking just around.i need to be prepared for it.insya Allah.u can do it Auni.
thats all from me and free wifi KMK ZONE BETA.
wish me good luck in every moments that i do.
Assalamualaikum <3

Thursday, 6 June 2013

KHAS UNTUK KAMU

pertemuan pertama kali di bilik F209.masa tu,semua sibuk mengemas barang.termasuk aku.sibuk dengan baju baju.tambahan pula,aku tak pandai nak sangkut baju kurung dengan cantik.time tu baru nak belajar.hahaha.tiga minggu lebih kurang,kita bersama.
Auni Athirah,Nur Fitriah Imani,Nur Izzatty Syahirah dan Nur Amalini. ni lah penghuni bilik F209. 
ni untuk korang taw. baca dan dalami bait bait lirik ni ok? ;)



Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama 
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

kita tak pandai nak bermadah,kita tak pandai nak bermain kata.hanya lirik ini saja yang mampu kita share dengan korang.harap korang sudi baca...

thanks for everything.kita sayang korang sangat sangat.

Auni SPT FIST2013/2014 KMKN-KMK

KOLEJ MARA KUALA NERANG

Hai uolls...
'p mana?lama tak buang habuk dekat blog ni?'
sibuk sikit.sy dah sambung study.
'di mana?'
tu hah, tajuk besor lagi tu dah tulis...aku buat Foundation in Science and Technology, in science di Kolej Mara Kuala Nerang...
'best ke?'
hah.ni nak di ceritakan.
meh baca...

19 Mei 2013, lingkungan pukul 9.30 am, aku melangkah keluar dari kereta dan turun beratur sama seperti pelajar-pelajar lain.perasaan berdebar dan rasa takut menguasai diri.tambahan pula,result SPM yang agak tak memberangsangkan.tipu kalau aku tak takut...rendah diri menguasai diri.bagaikan aku lah paling kerdil di antara pelajar pelajar straight A's...selepas mendapat kunci bilik, aku terus melangkah pergi ke bilik F209 blok Insaniah.
Minggu orentasi yang paling aku tak suka.bukan apa,aku sebenarnya memang tak suka mengikuti minggu orentasi.well,time form 1 i tak join minggu orentasi pun.hahaha.jadi pemikiran typical masih lekat di otak.minggu orentasi tak seronok.menyusahkan.
nampaknya kehebatan abang abang dan akak akak fasi dan OC telah mengubah 360 darjah tanggapan aku.aku suka minggu orentasi.hahaha.tapi malangnya, masih ada jurang tercipta ketika minggu orentasi tu diadakan.jurang yang di cipta oleh aku sendiri. 
'jurang apa?'
aku home sick wei!!!hahaha.please dont laugh.it's not funny at all...
i'm suffering.setiap hari aku telefon ayah dan umi.hahaha...menangis setiap hari,tanpa mengira tempat.pernah satu petang aku menangis di padang.huh~payah betul kau ni Auni.
alhamdulilah, aku dapat roommate yang sangat baik.sangat membantu dalam aku membiasakan diri di KMKN ni.
macam macam aku buat sendiri.membuatkan aku lebih berdikari,lebih berdisiplin,lebih dekat dengan Maha Pencipta...
the new world. the new atmosphere.

masuk minggu kedua, aku mula membiasakan diri dengan persekitaran yang baru.mula mengenali dengan lebih rapat kawan kawan bilik ku.mula belajar benda baru.bagaikan ia nya bermula dengan kosong....
sokongan keluarga dan kawan kawan menguatkan aku.doa kekuatan aku.Alhamdulilah,aku mula sayang tempat ni.mula rasa tak nak tinggalkan tempat ni.tapi terang tak sampai ke petang,aku terpaksa berpindah ke Kolej Mara Kulim pulak...
'menangis ke?'
kami berempat dah menangis dalam bilik.baru berkawan tak sampai sebulan tapi keakraban kami bagaikan kami sudah berkawan dari sekolah menengah lagi.macam macam kami buat bersama.
tapi,
nak buat macam mana?!
dah kena pindah jugak.
dah lah dalam bilik tu aku sorang aje budak Science dan lagi tiga orang kawan bilik aku budak Engineering. sedih kot.
bila dah selesa,bila dah ok kena pindah pulak.
tak apalah,mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
akhir kata,
doakan aku berjaya di tempat baru.
roommate ku, terima kasih kerana menerima diriku seadanya. kita sayang korang sangat sangat...

Auni suka Hijau...

Monday, 13 May 2013

indahnya

indahnya satu pertemuan, peritnya satu perpisahan.
indahnya sebuah persahabatan, deritanya kehilangan.
 
'apakah ini?lirik lagu ke?'
bukan derr... saja saja aje.
berpuitis lah kononnya.
hahaha.
 
ok. thats all.
kalau faham tahniah
kalau tak faham tak pe.
tak penting mana pun.
 
Auni Ratu Kebaya 1995

IKHLAS KE?

ASSALAMUALAIKUM
hai anda di sana di situ. saya Auni.
'dah kenal lah... aku ni kawan kau pun'
ops... lupa. yang u all ni semua kawan kawan i.
gedik tak?gedik tak?
'cukup gedik. secukup rasa lah kata kan'
sangat sinis. sentap Kak Ton.hahaha.
ok , just kidding . tak nak sentap sentap.
 
kadang kadang kita buat sesuatu kerana TERpaksa.
'ehh, tak adalah'
tak payah nak menipu.
nak contoh?
ni hah
kadang kadang korang akan rasa
'aku terpaksa buat mework ni jugak,kalau tak aku kena denda'
yup. memang kita semua ada buat benda dalam keadaan terpaksa.
tapi tu bukan main point yang nak saya ketengahkan.
alah takat terpaksa buat homework tu apalah sangat.
tak dinafikan, kadang kadang kita rasa malas nak buat homework,malas nak datang sekolah.
cuba kita belajar untuk iklas dalam melakukan sesuatu.
kita cuba datang sekolah dengan hati yang ikhlas, dengan semangat berkobar kobar nak belajar something new. tak ke lagi bagus daripada datang sekolah kerana terpaksa dan takut kena marah dengan parents.
ok, cukuplah pasal keikhlasan kita ke sekolah.
 
ikhlas menjadi seorang sahabat.
ada orang jenis memilih. itu tak boleh nak disangkal lah. memang ada.
apabila terlalu memilih(aku aku) kadang kadang dia sampai memilih kawan.
cuba anda fikirkan sejenak, bila anda berkawan dengan orang yang anda rasa bukan standard anda....
hmm...hmm... pasti ada saja kesalahan dia di mata anda.
kadang kadang orang tu duduk ok ok aje, kita boleh kata itu ini.
dalam erti kata lain, ada saja salah dia.
mencari kesalahan.
kenapa ini terjadi?
cuba kita ikhlaskan diri kita untuk berkawan dengan dia.tak salah mencuba.
kita perlu ingat, diri kita jugak tak sempurna. jadi mengapa kita nak mencari kesempurnaan dlm diri orang lain?
atau dengan cara yang lebih senang tapi kejam
tinggalkan dia.hahaha.
kejam kan? tapi adalah lagi bagus daripada kita layan dia macam patung Barbie. hahaha. barbie lagi tu...
kalau kita rasa kita tak boleh nak get along dengan dia, tu lah cara yang terbaik.
tapi jangan lah direct kita cakap
"wei, aku taknak kawan dengan ko dah."
tu teramat kejam wei. aku pun tak sekejam tu...
fikirkan cara terbaik.jangan buat gitu yer.
ingat semua orang ada perasaan. apa perasaan dia.
ok?
 
'kenapa kamu post benda macam ni Auni?'
sebab, aku tengah tak ada idea.hahaha.
ok aku stop dulu sebab aku tak tahu apa yang aku tulis ni.
macam tak sampai aje.
lupakan...
 
Auni Ratu Kebaya 1995

Tuesday, 7 May 2013

UniKL ke Matrik?

Hai semua. mesti batch 95 macam aku ada rasa apa yang aku rasa.
keliru. tak tahu mana satu nak pergi. kan?kan?kan?
aku keliru bila nak buat keputusan nak pergi yang mana satu.
aku dapat tawaran yang agak menarik bagi aku.
satu, tawaran kemasukan ke Kolej Mara Kuala Nerang untuk Foundation in Science and Technology(FIST) aliran sains.
dan
dua, tawaran kemasukan ke Matrikulasi Pahang yang dekat Pahang tu.aliran sains jugak.
mula mula aku tak amik kisah sangat dengan tawaran matrik ni, sebab aku nampak kelebihan UniKL ni. tambahan pula, time Pikah bagitahu aku layak pergi matrik, aku tengah tunggu LRT nak ke rakaman karoot komedia x dekat Bukit Jalil.
confim confirm lah aku tak amik port time tu. masa tu Jep saja bermain ni minda ku. aloalo...
dah lama sikit, baru aku berfikir tentang kelebihan kelebihan matrik pulak.
macam matrik, kalau aku nak realisasikan cita cita aku, insyaAllah aku tercapai.
'apa cita cita u auni?'
nak jadi Ahli Farmasi.lololo...
tapi kena struggle lah kan. belajar dekat matrik tough.
tapi...
kita kena ingat semakin lama semakin susah. mana ada benda yang senang.
perjuangan tak mudah, tak senang nak menang. jadi kena lah banyak berkorban.
UniKL pulak?
dekat sini boleh dikatakan cita cita aku pun boleh tercapai.
'apa pulak lagi cita cita u ni auni?'
cita cita nak jadi Chemical Engineer.
memang sudah maklum, UniKL more to engineering.
jadi physics tu will be your best friend lah...
hahaha.
cuma kalau chemical engineering ni dia lebih kepada chemistry.
'apa kelebihan yang u nampak dekat UniKL ni?'
  • loan yang kita buat dengan MARA tu kita bayar ikut pointer. kalau 3.5 and above tak payah bayar.
  • tak perlu tunggu lama untuk sambung degree, boleh terus masuk any branch UniKL yang ada.
  • kira macam cita cita boleh tercapai.insya Allah.
  • 50% or 60% aje dekat final exam. yang lain carry marks.
  • kita bukan belajar teori semata mata, malah kita akan buat praktikal.
tu lah yang i nampak. macam bersinar sinar mata tu.hahaha.

'jadi mana satu yang u pilih?'
saya pilih untuk pergi UniKL...

'kenapa?'
suka saya lah. banyak lagi sebab yang biar saya sorg aje tahu.ok? 
kalau saya ok dekat UniKL , saya proceed aje. tapi kalau saya rasa tak ok dekat UniKL saya masih ada peluang dekat Matrik.jadi kiranya saya masih boleh pergi ke Matrik kalau saya mahu.

'tak pening kepala ke masa nak buat keputusan?'
tipu kalau saya tak pening kepala masa tu. saya ni kalau banyak fikir saya jadi tak tentu arah sikit.hahaha. senang cerita, kita mengadu aje dekat Allah. buat solat istikarah. mintak petunjuk dariNya.
insya Allah korang dapat petunjuk. 

'tak risau ke tak boleh bawak dekat UniKL?'
risau memang risau.tapi bila kita makin meningkat, makin banyak cabarannya. betul tak?dekat mana mana ada saja cabaran.tak kira lah u all buat diploma ke stpm ke matrik ke tetap ada cabarannya.spm pun susah jugak,tapi korang dapat survive jugakkan?i believe on myself. saya kuatkan hati . insyaAllah saya boleh.aku ni dah malas nak banyak fikir sebab setiap kali aku fikir giler giler aku tak boleh tidur.tak tenang.pastu jerawat naik.jadi aku kena relax aje.doakan aku yer!

'foundation in science pastu kenapa taknak sambung degree dalam science je?'
sebab aku dah tak ada perasaan nak belajar Bio. Bio aku C kot SPM hari tu. jadi lebih baik aku belajar Physics daripada aku belajar Bio lagi. u got it? goodddd...

'peliklah u ni. farmasi lah. engineering lah.'
aah. aku memang pelik. jadi kalau yang adik adik ada baca post ni, adik adik kena ada satu cita cita taw. tetapkan dalam diri.tanam dalam jiwa.study elok elok. pastu pergi realisasikan cita-cita mu.
tapi bila result tak elok jangan frust sangat taw.kena realistik pulak masa tu. tu yang penting. bincang dengan ibu bapa, adik beradik.ok?

terima kasih.

Auni Ratu Kebaya 1995....
 

Thursday, 2 May 2013

Karoot Komedia X part 3

ini the last part untuk tajuk post berantai.acecece...
ayat !!!
'Auni nak buat QnA jugak ke?'
tak ! kali ni aku akan bercerita from A to Z
jom kita mulakan ;
bermulalah cerita apabila makcik aku ajak tengok KKX untuk episode raya. mungkin rasa serenok menyebabkan kami bertiga(aku,makcik ku,dan kakak ku) sanggup meredah hujan. kebetulan time tu hujan. untuk episode raya, recording start selepas maghrib. 
jadi kami bertiga haruslah bertolah lebih awal. 
ye dak?
hujan pun hujan lah, asalkan dapat tengok Jep.wotwot...
dekat rumah lagi perasaan gusar mula menular, almaklumlah HUJAN kan!
takut jugak tak dapat pergi.
mungkin aku akan kecewa jika tak dapat pergi sebab aku baru saja beli baju kurung BARU dekat jalan TAR!!!
dekat dalam bilik, aku asyik menghitung waktu, bila hujan akan berhenti.
sampailah makcik aku datang bilik
"cepat siap."
kakak aku pulak bertanya
"jadi pergi ke Ude?"
makcik aku menjawab
"kita bawak lah budak yang teringin sangat nak pergi ni"
aku le tu. gedik sangat Auni ni.
apabila sampai saja di Dewan Sri Putra. kami tengoklah ada tak penonton dah datang.
hmm, korang tengok lah sendiri, aku ni sibuk mencari kereta encik Nadzri aje.hahaha.
tu dia. ni aku nak tempek kan gambar kereta Jep lagi.

smart kan?hahaha. kereta pun jadi lah. tuan punya kereta susah sgt nak jumpa.kereta je yang senang nak jumpa.
sementara menuggu nak masuk ke dalam dewan, azan berkumandang.
jadi kami bertiga mintak nak pergi sembahyang lah kejap.
surau ada dekat dalam dewan tu,dekat tingkat satu,stage ground floor jadi kami sempat lah tengok tengok stage dan artis artis yang tengah praktis dekat stage.
Jep omei sangat.
dengan cap nye, seluar kaler ungu gitu dengan sweater.
dari dalam surau , terdengarlah suara suara mereka sedang praktis nyanyi lagu Suasana Hari Raya.
suara Jep paling best sekali.
habis sembahyang kami lepak dekat kerusi kerusi yang menghadap stage. dari atas kami tengok lah artis artis tu. lawak kot.
kami bersembang dengan seorang makcik.
makcik ni suami dia kerja as a cameraman kat situ.
jadi crew crew ni makanan diaorang lain dengan penonton.
crew crew makan makanan dari restoran Ebby Yus sendiri. 
nama restoran tu, Restoran Adam Lai
suami makcik tu bagi lah kami ni merasa makanan dari restoran Ebby Yus tu.
wujud rasa bangga sikit.hahaha.
'sedap tak'
sedap sangat. sebab restoran Adam Lai ni restoran berkonsepkan masakan Chinese muslim.
memang masuklah dengan tekak aku ni.
siap ada lemang dengan rendang lagi.
rendang dia sedap sangat sangat. lemang pun cukup segala. tak sticky.
BEST !!!
 lemang dan rendang yang sangat sangat awesome. rasa nak lagi.
feel raya tu datang taw.
ni pulak 'nasi campur'
senang cite. sebab dekat situ ada fish fillet , ada ayam , ada sayur , ada udang .
time tengah syok makan , penonton dah masuk lah pulak.
kacau betul. aku dah lah tengah makan ni.
terpaksa stop makan dan kami turun untuk amik tempat.
kan dah dapat belakang!
tak masuk tv lah I .hahaha.
episode raya ni best taw.
sebab Jep jadi suami dan ada isteri yang cantik. mahu tak giler Jep.
pak Yus lagi best. dia punya isteri , penonton yang dia sendiri pilih.
memang dia suka lah kan, dapat isteri yang comel.
tak tipu, isteri pak Yus tu comel dan gebu.putih je.
belakon pun tak kaku sangat.
kira boleh jadi artis lah.
nantikan KKX edisi raya pada 1 Syawal ni taw.
ce teka kenapa aku tangkap gambar macam ni?
tu kat belakang tu, kereta Jep.hahaha.
yang biru tu bukan hitam tu.

'ni gambar apa pulak Auni?'
ni gambar Jep. tu dia. yang berdiri sama kaler dengan langsir tu.hahaha.
suka hati aku je.
time nak balik, aku sempat tengok Jep.
dia pakai t shirt sleeveless.
sepantas kilat.
aku nampak dia berlari dari tangga dan terus masuk kereta. punya lah laju.
dia tutup je pintu terus kereta tu jalan.
tak sempat buat apa apa.
tu lah pengalaman aku sepanjang tengok KKX.
pengalaman tengok artis berkerja.
tahniah u all. sebab sangat kreatif .
skrip yang ada sebagai base aje pastu suka hati korang aje .
sangat pandai nak buat kami penonton ni gelak.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH....
terima kasih yang teramat kepada makcik ku, Ude yang sanggup teman anak buah nya yang tak berapa centre bila jumpa Jep. thank you so much.
Auni dengan mood Ribaibaru nya. 

dapur tempat ku

apa khabar anda di sana? harap harap sihat sihat belaka.
di sini adinda ingin mencoret kisah dapur dan resepi percubaan terbaru adinda.
jom lah...

hari ini aku buat cookies paling simple dalam dunia...
cookies cookies cookies.
rasa macam raya pulak.
hahaha.
nak resepi ke?
alah, korang nak baca je kan.
jadi malas lah nak tulis resepi yg accurate.
bagi gitu gitu je boleh? ni kan kelas main masak masak aje.
'eleh kedekut.macam lah terror sangat masak'
jangan lah gitu. tengah malas nak letak resepi sebenarnya.

bahan bahannya:





450g tepung gandum *
100g gula perang
115g gula halus 
1 sudu kecil soda bicarbonate*
250g butter
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
coklat cip ikut ketamakan anda.hahaha.

* diayak ok dan dicampur sekali. serbuk koko pun campak sekali.

cara caranya:
1. Pukul butter dan gula sampai kembang ye cik puan.

2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur tu sedikit demi sedikit.

4. Masukkan coklat cip. campak aje.

5. Bulatkan comel comel dan siap untuk dibakar.letak garfu dan tekan sikt supaya nampak lebih molek dan lebih ranggup. suhu oven 180'C dan bakar selama 15 minit. sampai tahap keranggupan anda lah.
6. kan sonang ! dah siap. 




p/s : boleh tambah kekacang or else . aku tak letak sebab aku allergic kacang kacang ni.

Auni the Ratu Kebaya 1995.
hahaha.



Wednesday, 1 May 2013

Karoot Komedia X part 2

kalau post sebelum ni aku cerita pasal KKX pada tarikh 25.4.2013 
sekarang aku nak sambung lagi pasal KKX yang aku pergi pada tarikh berikut:
27.4.2013:
kali ini lagi bertambah ke'excited'an aku dan bertambah keceriaan aku sebab makcik aku lagi sorang join jugak. jadi kami bertiga lah kali ini. disebabkan dah ada experienced join recording sebelumnya, jadi kami putuskan untuk tengok satu episode aje.
jom terus QnA :
 
seronok tak episode tu?
sangat seronok!tak tipu.sebab kisahnya berkisarkan kehidupan orang orang tua. jadi diaorg berempat ni jadi orang tua lah. ada yang nyanyuk lah,ada yang pengotor lah. lawak.
ada guest artist tak?
ada. mestilah ada. siap ada fan team datang taw.
perempuan.seksi. dan meleTOP...
sapa cepat dia dptlah tangkap.
mengikut pengalaman,Auni ni senang suka kat orang. jadi ada jumpa yang hensem selain Jep tak?
hahaha. no comment.(belagak artis sekejap)
ada.budak dikir aka awok awok.
suka tengok muka dia,sebab bila cameras on aje, senyum sampai ke kepala.(senyum lebar giler)
pastukan u all, dia punya kening cantik sangat. macam terletak aje.sesuailah dengan dia.
nanti u all tengok lah, dia paling depan. 
astro bagi makan tak?
makan dan minum disediakan. tapi aku tak makan kecuali time episode raya.
sapa yang paling hensem diantara 4 artis tu?
salah soalan lah...confirm confirm aku jawab Jep paling hensem.
nabil pun hensem. ebby yus dan yus pun ok apa. masyukkkk tu...hahaha
lawak sangat ke episode ni?
lah...tak caya lagi.tak tipu. 
ni paling LAWAK.
this is best bro...
ahahaha...
Jep ada menyanyi tak?
ada. lagu paling terkesan kat hati aku lagu Ribaibaru. lagu Jepun lama.
aku pernah dengar dekat Sinar fm. sekali , Jep nanyi.
sah sah, balik aku terus search.
hahaha.
orait. tu je aku ingat.
tengok gambar pulak.
pap!!! ni dia.

 'mana mata nya cik Auni?'
hilang!!!hahaha.
 ni lah makcik saya.
kami geng.
saiz serupa.hahaha...

gambar artisnya???
tak ada lah dik non. maaf yer.
nanti kte cite pasal episode raya pulak yer.
'promise?'(gedik gedik mcm pak yus sikit baca tu)
yer,promise.insya Allah.
Auni Si Cantik..

Tuesday, 30 April 2013

Karoot Komedia X

hello Keekers, hahaha.(getik!)
apa khabar semua? sy harap u all baik baik lah.
confirm dah taw yg I join recording Karoot Komedia X(KKX) kan?
yo lah, pembaco blog ekau ni kawan kawan kau ajo. hahaha.
hai Wani! ni post untuk kamu taw.
25.4.2013
- pukul 11.30 gitu aku dah keluar menuju ke TBS bersama makcik ku. nak naik LRT lah katakan.
-turun kat station Bukit Jalil dan kami terus menapak ke Dewan Sri Putra. dgn panis terik nya.
huh, Jep punya pasal aku sanggup.hahaha. nasib baik lah makcik aku ni sanggup teman anak buah nya yang giler sorg ni.
-tengok tengok, tak ada orang lagi. yo lah, aku datang awal sangat. masuk pukul 2.00. tambah pulak ni event ni consider mcm melayu semua, jadi janji tinggal janji je lah. masuk lambat., recording start lambat. tapi berbaloi lah. sebab dpt jumpe Jep. (tepuk bahu kiri) hahaha
-kalau ada yang perasan iklan rakaman KKX ni kat tv, dia ada cakap, ada dua sesi. satu pukul 1.45 dan sesi kedua pada pukul 7.45. jangan lah percaya. sesi kedua start pukul 5.30 ptg betul betul selepas sesi pertama habis. sesi pertama habis pukul 5.rest 30 minit aje.
tapi best sgt taw...
aku belajar something dari situ. aku tahu lah mcm mana recording di buat. bila korang ada kat situ mesti korang akan cakap macam ni jugak ;

"oh, macam ni rupanya"

nak gambar? gambar kete Jep aje aku boleh share, yang lain masih jadi hak cipta terPELIHARA astro.
'halus nya Auni oii' hehehe
kereta Jep yang kelar Biru tu, yang mercedes tu kereta Ebby Yus. cantik woo...
time aku nampak kereta Jep ni, aku lompat mcm nak giler.happy lah sbb Jep ada.kira berbaloilah aku menapak.hahaha ...
pastu, terus aku msg umi;
"umi,alang nampak kete jep..."
nak taw umi balas apa?
"buat kerja berfaedah sikit"
siap buat symbol marah lagi tu.hahaha.
'blur lah Auni' 
aah. camera buat hal pulak. dapek lah jugok.
ni gambor time sesi pertama. aku duduk depan. nanti meletop lah I.
u all jgn lupa tgk I dkt tv. hahaha.
bak kata crew yg bernama Fatah dan floor manager(FM) ckp

"org yang duduk line 1,2,3 depan ni,mmg confirm masuk tv"

jadi kita org yang kat depan ni kenalah happening happening sikit.

gambar aku ada lah.hahaha.
tu gambar artis artis. blur sgt gambar nye.. sorry lah.

time aku datang tu, aku tengok dua episode sekali gus.dah alang alang kan?
jadi dpt lah aku tgk 
Jep,Ebby Yus,Yus,Fafau,Liza Abdullah,Ray dan Hanif Era.
Nabil tak dek.

QnA:

Perasan bila bertemu dengan Jep secara depan depan?
= teruja yang teramat. teruja macam rasa dapat Galaxy Note 2 or Galaxy S4.hahaha.
sangat hensem. lebih hensem di luar berbanding dalam tv.

Muka Jep bila keluar dari back stage mcm mana?
= muka Jep... agak masam.hahaha. dia naik stage terus duduk atas katil dan main game.hahaha.

Jep ada nyanyi nyanyi tak?
= dah nama nya Jep, mmg suka menyanyi lah. belum recording dia menyanyi lah.

nanti kan yang seterusnya.
penat lagi.
tak habis lagi ni.

assalamualaikum.

Auni Kebabommm...

Monday, 22 April 2013

rayban patah


amboi. pakai Rayban gitu yer Auni.
hahaha
let me tell u.
ni Rayban Thailand aje
i beli time pergi cameron tahun lepas lepas.
and and and
Rayban ni sangat berguna buat i
especially time i dekat dapur
aku guna bila aku nak menumbuk 
hahaha
kan sonang?
tak dek masuk mata aku
tak pedih
walaupun kau sudah patah sebelah
tapi aku masih memerlukan kau 
nampak tak?
tinggal sebelah je.

p/s : ni tak ada cerita nak sembang, gini lah jadinya...

masak lagi ke?

giler kau Auni tak memasak .
confirm confirm Auni masih memasak lagi. selagi tak kemana mana , selagi tu dapur Auni yang punya.
ok lah...
hari ni , tekak aku mengatakan tak nak nasik...
neurone neurone di otak menghantar signal ke mata dan tangan supaya bertindak.
bertindak apa?
searching recipes dekat Pak Cik Google dan jumpalah..
resepi dari Kakak Kakak dan Makcik Makcik di blog masing masing.
setelah di tinjau dan compare kan semua resepi akhirnya aku dapat satu resepi untuk
BIHUN SUP...

Bahan bahannya:
Untuk sup:
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • halia*
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • kayu manis
  • perencah sup
  • perencah kurma
  • ayam
  • air
  • minyak
  • garam
1) tumbuk bahan yang bertanda * sampai lumat( tapi aku punya tak lumat sebab aku malas)
buruknya buat kerja Auni oii...
2) saute bahan yang ditumbuk dengan cinnamon, bunga lawang dan bunga cengkih.
3) bila dah keperang perangan , masukkan ayam. amik part yg banyak isi taw, sebab nanti kita nak carik carikkan isi ayam tu.
4)bila ayam dah mask,u all masukkan lah air. ikut suka hati u lah .nak letak banyak ke sikit ke
5) bila air dah start mendidih, boleh masukkan serbuk sup. ni pun ikut suka aje.
6)bila dah sebati, baru masukkan satu sudu teh serbuk kurma.
7) sekarang kita letak seasoning sikit. tambah rasa gitu.
8) dah siap pun.

sekarang kita beralih arah ke cara nak celur bihun.
hah? itu pun nak cita ke?
mestilah. detail gitu...

apa yang anda perlukan?
  • bihun
  • serbuk kunyit sikit
  • air untuk merebus
cara nya senang saja:
1) amik bihun dan rendam sekejap dengan serbuk kunyit tu. kalau u all tak nak bihun colour kuning tak payah letak serbuk kunyit tu.
2) panaskan air dan celur.
3) ha kan dah siap...




secara am nya bihun sup dah siap...
kalau nak tambah keceriaannya boleh aje.
buat bihun sup yang penting tu lah
SUP nya.


letak fish cake ke, letak fish ball ke, boleh aje. yang penting jangan lupa carik carik ayam tu...

ok siap.
maaf gambar dah siap tak di ambil sebab i tak makan lagi.hahaha

ni lah resepi Auni. pastu Auni akan simpan resepi tu dalam buku makcik ni.suka hati aje panggil orang makcik.tu Chef lah Auni!

p/s : bagi yang baru tengok tulisan Auni jangan nak terkejut sangat. memang buruk.

That's all u guys.
see u again ...
Assalamualaikum...

Auni Comel