LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Tuesday, 30 April 2013

Karoot Komedia X

hello Keekers, hahaha.(getik!)
apa khabar semua? sy harap u all baik baik lah.
confirm dah taw yg I join recording Karoot Komedia X(KKX) kan?
yo lah, pembaco blog ekau ni kawan kawan kau ajo. hahaha.
hai Wani! ni post untuk kamu taw.
25.4.2013
- pukul 11.30 gitu aku dah keluar menuju ke TBS bersama makcik ku. nak naik LRT lah katakan.
-turun kat station Bukit Jalil dan kami terus menapak ke Dewan Sri Putra. dgn panis terik nya.
huh, Jep punya pasal aku sanggup.hahaha. nasib baik lah makcik aku ni sanggup teman anak buah nya yang giler sorg ni.
-tengok tengok, tak ada orang lagi. yo lah, aku datang awal sangat. masuk pukul 2.00. tambah pulak ni event ni consider mcm melayu semua, jadi janji tinggal janji je lah. masuk lambat., recording start lambat. tapi berbaloi lah. sebab dpt jumpe Jep. (tepuk bahu kiri) hahaha
-kalau ada yang perasan iklan rakaman KKX ni kat tv, dia ada cakap, ada dua sesi. satu pukul 1.45 dan sesi kedua pada pukul 7.45. jangan lah percaya. sesi kedua start pukul 5.30 ptg betul betul selepas sesi pertama habis. sesi pertama habis pukul 5.rest 30 minit aje.
tapi best sgt taw...
aku belajar something dari situ. aku tahu lah mcm mana recording di buat. bila korang ada kat situ mesti korang akan cakap macam ni jugak ;

"oh, macam ni rupanya"

nak gambar? gambar kete Jep aje aku boleh share, yang lain masih jadi hak cipta terPELIHARA astro.
'halus nya Auni oii' hehehe
kereta Jep yang kelar Biru tu, yang mercedes tu kereta Ebby Yus. cantik woo...
time aku nampak kereta Jep ni, aku lompat mcm nak giler.happy lah sbb Jep ada.kira berbaloilah aku menapak.hahaha ...
pastu, terus aku msg umi;
"umi,alang nampak kete jep..."
nak taw umi balas apa?
"buat kerja berfaedah sikit"
siap buat symbol marah lagi tu.hahaha.
'blur lah Auni' 
aah. camera buat hal pulak. dapek lah jugok.
ni gambor time sesi pertama. aku duduk depan. nanti meletop lah I.
u all jgn lupa tgk I dkt tv. hahaha.
bak kata crew yg bernama Fatah dan floor manager(FM) ckp

"org yang duduk line 1,2,3 depan ni,mmg confirm masuk tv"

jadi kita org yang kat depan ni kenalah happening happening sikit.

gambar aku ada lah.hahaha.
tu gambar artis artis. blur sgt gambar nye.. sorry lah.

time aku datang tu, aku tengok dua episode sekali gus.dah alang alang kan?
jadi dpt lah aku tgk 
Jep,Ebby Yus,Yus,Fafau,Liza Abdullah,Ray dan Hanif Era.
Nabil tak dek.

QnA:

Perasan bila bertemu dengan Jep secara depan depan?
= teruja yang teramat. teruja macam rasa dapat Galaxy Note 2 or Galaxy S4.hahaha.
sangat hensem. lebih hensem di luar berbanding dalam tv.

Muka Jep bila keluar dari back stage mcm mana?
= muka Jep... agak masam.hahaha. dia naik stage terus duduk atas katil dan main game.hahaha.

Jep ada nyanyi nyanyi tak?
= dah nama nya Jep, mmg suka menyanyi lah. belum recording dia menyanyi lah.

nanti kan yang seterusnya.
penat lagi.
tak habis lagi ni.

assalamualaikum.

Auni Kebabommm...

Monday, 22 April 2013

rayban patah


amboi. pakai Rayban gitu yer Auni.
hahaha
let me tell u.
ni Rayban Thailand aje
i beli time pergi cameron tahun lepas lepas.
and and and
Rayban ni sangat berguna buat i
especially time i dekat dapur
aku guna bila aku nak menumbuk 
hahaha
kan sonang?
tak dek masuk mata aku
tak pedih
walaupun kau sudah patah sebelah
tapi aku masih memerlukan kau 
nampak tak?
tinggal sebelah je.

p/s : ni tak ada cerita nak sembang, gini lah jadinya...

masak lagi ke?

giler kau Auni tak memasak .
confirm confirm Auni masih memasak lagi. selagi tak kemana mana , selagi tu dapur Auni yang punya.
ok lah...
hari ni , tekak aku mengatakan tak nak nasik...
neurone neurone di otak menghantar signal ke mata dan tangan supaya bertindak.
bertindak apa?
searching recipes dekat Pak Cik Google dan jumpalah..
resepi dari Kakak Kakak dan Makcik Makcik di blog masing masing.
setelah di tinjau dan compare kan semua resepi akhirnya aku dapat satu resepi untuk
BIHUN SUP...

Bahan bahannya:
Untuk sup:
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • halia*
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • kayu manis
  • perencah sup
  • perencah kurma
  • ayam
  • air
  • minyak
  • garam
1) tumbuk bahan yang bertanda * sampai lumat( tapi aku punya tak lumat sebab aku malas)
buruknya buat kerja Auni oii...
2) saute bahan yang ditumbuk dengan cinnamon, bunga lawang dan bunga cengkih.
3) bila dah keperang perangan , masukkan ayam. amik part yg banyak isi taw, sebab nanti kita nak carik carikkan isi ayam tu.
4)bila ayam dah mask,u all masukkan lah air. ikut suka hati u lah .nak letak banyak ke sikit ke
5) bila air dah start mendidih, boleh masukkan serbuk sup. ni pun ikut suka aje.
6)bila dah sebati, baru masukkan satu sudu teh serbuk kurma.
7) sekarang kita letak seasoning sikit. tambah rasa gitu.
8) dah siap pun.

sekarang kita beralih arah ke cara nak celur bihun.
hah? itu pun nak cita ke?
mestilah. detail gitu...

apa yang anda perlukan?
  • bihun
  • serbuk kunyit sikit
  • air untuk merebus
cara nya senang saja:
1) amik bihun dan rendam sekejap dengan serbuk kunyit tu. kalau u all tak nak bihun colour kuning tak payah letak serbuk kunyit tu.
2) panaskan air dan celur.
3) ha kan dah siap...




secara am nya bihun sup dah siap...
kalau nak tambah keceriaannya boleh aje.
buat bihun sup yang penting tu lah
SUP nya.


letak fish cake ke, letak fish ball ke, boleh aje. yang penting jangan lupa carik carik ayam tu...

ok siap.
maaf gambar dah siap tak di ambil sebab i tak makan lagi.hahaha

ni lah resepi Auni. pastu Auni akan simpan resepi tu dalam buku makcik ni.suka hati aje panggil orang makcik.tu Chef lah Auni!

p/s : bagi yang baru tengok tulisan Auni jangan nak terkejut sangat. memang buruk.

That's all u guys.
see u again ...
Assalamualaikum...

Auni Comel

Sunday, 14 April 2013

Jep la ni

mesti korang tahu yang sekarang ni aku tengah suka aka minat giler dekat artis sorang ni
JEP SEPAH ...
dengar suaranya saja bisa membuatku menjerit , melalak bagai orang tercabut wayar .
hahaha .
aku memang tengah minat dekat Jep ni.
yang paling best nya ni lah kali pertama aku minat artis untuk tempoh masa yang agak lama .
(agaknya lah)
sebelum ni pun yang paling lama artis yang aku minat ialah
Lee Donghae .
lepastu aku hilang kpop kpop ni . consider hilang terus kpop ni dlm jiwa gue .(runningman x lah)
mungkin di sebabkan busy study time form 5 , jadi tak sempat nak update pasal kpop ni.
hiburan aku berlandaskan apa yang ditayang di tv saja.bila nak SPM duration nak relax relax agak berkurang jadi tv ajelah aku tengok.

Bila aku minat Jep?

mungkin bila tengok Karoot Komedia X dan Betul ke Bohong.

Apakah faktor yang membuatkan anda suka pada Jep?

sebab dia lawak sangat. sebab dia selamba aje mengata Shuib . sebab dia hensem ... hahaha.

Adakah Jep telah mengubah serba sikit tentang perwatakan anda?

ada lah jugak. contohnya , dulu aku tak nak buat pinjaman PTPTN , tapi tengok iklan PTPTN ada Jep , aku nak buat pinjaman tu.hahaha. sekarang ada dengar lagu retro . hahaha . music blog ni pun aku saja amik lagu Ramli Sarip sebab suara Jep lebih kurang macam tu. aku jugak sekarang dengar lagu Ayam Den Lapeh sebab Jep pernah nyanyi lagu ni. hahaha.

Adakah anda mempunyai barang yang sama macam Jep?

so far, tak ada lagi. aku tengah berusaha mencari jam brand Nixon. sebab Jep pakai jam jenama Nixon. sampai ke KL aku mencari tapi tak jumpa lagi. hah , lagi satu . saya ada palazo warna biru . Biru yang sama dengan colour kereta Jep.

Bagaimana pula dengan kereta?

saya tak ada kereta Civic 2.0 type R macam Jep. aku ada lah jugak pujuk ayah suruh beli kereta Civic agar macam Jep.tapi ayah tak berkenan. tak apalah. tapi tapi... kalau kereta Jep plat JFN , kereta aku pulak platnya AFN. hahaha. 'kimia' 'kimia'
dan aku dengan banggannya tunjuk dekat ayah plat kereta aku.

"ayah plat kete ni AFN"
"kenapa pun?"
"Auni For Nadzri(Jep)"

hahaha . ayah senyap aje. mesti ayah cakap aku dah giler...

Adakah orang di sisi anda cakap anda giler?

ada. ala kalau ada yang perasan ada iklan Sepah The Movie dekat tepi highway menuju ke KL. aku tengok iklan tu pun aku dah senyum.rasa happy semacam. aku ni ada masalah pendengaran sikit.tapi kalau dengar suara Jep cepat je aku tangkap.hehehe.

malas nak sambung dah.
nak layan lagu Sudirman, Rafeah Buang pulak.

tammat dokumentari Jep.
terima kasih.

AUNI ATHIRAH

Wednesday, 10 April 2013

Puding Karamel Auni

dah kenapa lah dengan Auni ni? asyik post pasal resepi aje. 
Sorry lah . saya sedang suka masak dan suka sgt makan... jadi saya asyik post pasal resepi dan makanan aje lah.

back to our topic , semalam time hang out dgn kawan kawan , sampai dkt bahagian cheese and cream semua , aku rasa macam ada benda nak beli tapi tak ingat apa yang nak beli . pegang coklat masakan pastu letak balik . jadi bila balik rumah bukak buku balik rupa rupanya aku nak beli cream cheese and heavy cream . disebabkan rasa mcm kecewa sikit , jadi aku tanya lah umi nak makan apa. 

"umi nak makan apa esok?"
"kek? roti? pai?"
"alang boleh buat pai ke?"
"barang barang semua ada just tak ada heavy cream aje"

silent for a while 

"umi makan puding karamel?"
"makan.umi suka"
"ok esok alang buat"

jom tengok bahan bahannya:

Bahan untuk karamel 
 Gula 2 sudu, Air 2 sudu .

 amik periuk , letak gula dan air tu . kacau kacau sampai hangus macam gambar kat bawah ni .
 ops , ni bukan minyak yer ! ketepikan dahulu . sekarang kita beralih ke bahan bahan untuk puding .

Bahan bahan Puding:
 200 ml susu cair
 2 biji telur
 Gula 2 sudu(kurang kan taw, manis pulak bila aku rasa)
 1 sudu teh esen vanilla

Cara caranya:
 semua bahan puding dimasukkan dalam satu bekas dan kacau(jangan sampai berbuih)
bila semua bahan dah sebati tapis sebelum letak dalam loyang.
 Kukus selama 45 minit. 
Lepas masak , korang biarkan dia sejuk dulu sebelum keluarkan puding dari loyang.
macam mana hasilnya?
macam ni lah hasil kerja aku ;


retak lah pulak. almaklum lah tangan kayu la kata kan.
ada bau telur tak?
Alhamdulilah, saya buat puding karamel yang tak ada bau telur.
sedap dimakan begitu saja.

note : alang tu saya lah...

ayam korea KFC sedap jugak.

Kek Pisang, Sedap ke?

sedang aku enjoy tengok Running Man , tiba tiba tekak ini teras nak makan kek pisang. macam ada tarikan rasa gitu... apakah itu tarikan rasa? ayat baru lah namanya.hahaha. 
dengan pantas dan tuntas aku segera ke dapur untuk melihat bilangan telur yang ada. yes , Alhamdulilah.telur cukup untuk buat kek pisang. jadi apa lagi , moh le ke dapur blog ku :

Bahan bahan :
 1 cawan pisang yang dah di lenyek
 3 biji telur dan 1 cawan gula (aku guna 1/2 cup gula aje)

2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bicarbonate (diayak yer)

hah , tu je la yang korang perlukan. lebih senang daripada buat kek coklat taw.

Cara cara:
1) telur dan gula mestilah dipukul sampai kembang dan ringan
 2) lepas itu masukkan lah pisany lecek tadi.putar putar dan putar...




 3) masukkan tepung tu sedikit demi sedikit
 4) inilah rupanya . tada tada tadaaaaaa ...
 5)masukkan dalam loyang yang sudah di lapik dengan kertas A4 yang telah di sapu mentega. kertas minyak pun boleh.Bakar selama 40 minit, api atas bawah, suhu 175'C .
jeng jeng jeng ... ni lah rupanya .tak cute sangat. first try meh.tapi sedap ok. jangan pandang luaran aje.

selamat mencuba bagi yang nak cuba .

Terima Kasih .

Sunday, 7 April 2013

Apam Polkadot. jadi ke?

hai si cantik yang cantik mcm Auni. :p
mesti korang semua pernah merasai kenikmatan Apam PolkaDot kan?
di sebabkan teringin makan dan nak cuba buat sendiri jadi aku dah pun menjumpai satu resepi ni.
kalau korang google, confirm jumpa banyak resepi dia.
yang membezakan nya cuma kuantiti apam tu sendiri.
macam biasa la, cari punya cari , aku jumpa lah satu resepi yang aku kira agak sesuai untuk family aku.
well, my family bukan jenis suka makan something dengan kuantiti yang banyak(walaupun aku TERbuat banyak)
sebagai 'pendatang' baru dalam dunia masakan, banyak lagi benda yang aku belum explore.
for example, Ovellette. 
kalau korang sama mcm aku mesti korang rasa apa benda la ni...
selepas kajian aku tahu lah apa gunanya ovellette ni. nak tahu jugak? search sendiri lah sayang ...
agak agak menjadi x resepi aku kali ni?
jom kte tengok ;

Bahan bahan:
 Gula halus , 100 g .
 Tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder . (diayak)
 Susu cair atau susu segar, 75 ml
 2 biji telur( kalau ikutkan resepi telur gred A, tapi aku guna gred apa tah.hantam aje)
ni la Ovellette. guna 1 sudu kecil aje.

Bahan lain yang korang perlu ; Pewarna . suka hati korang la nak guna warna apa.

Cara-cara:


 1) pukul telur dengan gula sampai ringan dan kembang.

 2) ni contoh bila dah kembang. seterusnya masukkan tepung dan susu cair secara selang seli.
3)buat sampai habis susu cair dan tepung tu.masukkan ovellette tu.
 pastu bahagikan kepada beberapa bekas lain untuk diletakkan pewarna. aku guna 3 bekas sebab guna tiga colour aje.







4) dah sebati adunan dengan pewarna, korang masukkan dalam piping bag.aku guna plastik yang orang isi kuih tu aje.kan sonang.save sikit.
 5)korang susun paper cup dalam loyang.kalau xdek bekas yang warna merah tu xpe.cuma nanti x berapa bulat lah apam korang tu. susun macam kat bawah ni .
 6) masukkan sedikit adunan sebagai base dia sebelum letak filling. lepas tu letak balik adunan tu.
 7) buat lah lukisan atau apa apa seni dekat atas adunan tu. aku buat strawberry.sonang.


cantik tak? tak? memang lah. aku tak berseni.hahaha. ni pun kakak aku tolong sekali.

8) masukkan dalam steamer dan kukus selama 15-20 minit.
ni lah hasilnay.
tadaaaaa....

yeay... aku berjaya.

terima kasih. bye.

p/s : tempahan di buka. hahaha... :p