LE OWNER

My photo
IPOH, Malaysia
AUNI ATHIRAH BINTI MOHD. ANUAR. DREAM ON,NEVER OFF!

Sunday, 7 April 2013

Apam Polkadot. jadi ke?

hai si cantik yang cantik mcm Auni. :p
mesti korang semua pernah merasai kenikmatan Apam PolkaDot kan?
di sebabkan teringin makan dan nak cuba buat sendiri jadi aku dah pun menjumpai satu resepi ni.
kalau korang google, confirm jumpa banyak resepi dia.
yang membezakan nya cuma kuantiti apam tu sendiri.
macam biasa la, cari punya cari , aku jumpa lah satu resepi yang aku kira agak sesuai untuk family aku.
well, my family bukan jenis suka makan something dengan kuantiti yang banyak(walaupun aku TERbuat banyak)
sebagai 'pendatang' baru dalam dunia masakan, banyak lagi benda yang aku belum explore.
for example, Ovellette. 
kalau korang sama mcm aku mesti korang rasa apa benda la ni...
selepas kajian aku tahu lah apa gunanya ovellette ni. nak tahu jugak? search sendiri lah sayang ...
agak agak menjadi x resepi aku kali ni?
jom kte tengok ;

Bahan bahan:
 Gula halus , 100 g .
 Tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder . (diayak)
 Susu cair atau susu segar, 75 ml
 2 biji telur( kalau ikutkan resepi telur gred A, tapi aku guna gred apa tah.hantam aje)
ni la Ovellette. guna 1 sudu kecil aje.

Bahan lain yang korang perlu ; Pewarna . suka hati korang la nak guna warna apa.

Cara-cara:


 1) pukul telur dengan gula sampai ringan dan kembang.

 2) ni contoh bila dah kembang. seterusnya masukkan tepung dan susu cair secara selang seli.
3)buat sampai habis susu cair dan tepung tu.masukkan ovellette tu.
 pastu bahagikan kepada beberapa bekas lain untuk diletakkan pewarna. aku guna 3 bekas sebab guna tiga colour aje.







4) dah sebati adunan dengan pewarna, korang masukkan dalam piping bag.aku guna plastik yang orang isi kuih tu aje.kan sonang.save sikit.
 5)korang susun paper cup dalam loyang.kalau xdek bekas yang warna merah tu xpe.cuma nanti x berapa bulat lah apam korang tu. susun macam kat bawah ni .
 6) masukkan sedikit adunan sebagai base dia sebelum letak filling. lepas tu letak balik adunan tu.
 7) buat lah lukisan atau apa apa seni dekat atas adunan tu. aku buat strawberry.sonang.


cantik tak? tak? memang lah. aku tak berseni.hahaha. ni pun kakak aku tolong sekali.

8) masukkan dalam steamer dan kukus selama 15-20 minit.
ni lah hasilnay.
tadaaaaa....

yeay... aku berjaya.

terima kasih. bye.

p/s : tempahan di buka. hahaha... :p